PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

GAHARU, POKOK EMAS...?





GAHARU

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok yang hidup subur di hutan tropika dan telah dimanfaatkan oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Semua bahagian pokok gaharu, dari batang, kulit, daun, bunga, buah dan rantingnya digunakan untuk menghasilkan produk minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik. Nama sains gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria  turut dikenali sebagai gaharu.[3][4]
Pokok gaharu boleh ditemui di BangladeshBhutanIndiaIndonesiaIranLaosMalaysiaMyanmar,FilipinaSingapura dan Thailand.
Di Malaysia, masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu. Adakalanya mereka menceroboh kawasan hutan simpan.
Kini, ladang gaharu telah diusahakan syarikat Gaharu Technologies Sdn Bhd di kawasan seluas 113 hektar di GopengPerak. Mengikut kajian, 400 pokok boleh ditanam di kawasan seluas 0.4 hektar dan boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1.8 juta. Apabila mencapai 7-10 tahun, pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh digunakan untuk pelbagai produk. Ladang gaharu berskala besar ini turut mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal.

Sumber: Wikipedia

1 ulasan: