PILIHANKU

TAJAAN

03 Ogos 2010

MAYAT KERANI TERIKAT KAKI DAN TANGAN...?

Mayat kerani sekolah ditemui terikat

2010/08/02

KUALA PILAH: Mayat seorang Pembantu Am Rendah ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya terikat sementara mulutnya ditutup dengan kain di rumahnya di Jalan Sungai Dua di sini pagi ini. 

Mayat Nooriza Baharin, 48, juga didapati sudah berbau.

Mayat mangsa ditemui oleh rakan setugasnya pada 10.45 pagi tadi apabila mereka datang ke rumah mangsa setelah mendapati mangsa tidak datang bekerja di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua hari ini.

"Pihak polis yang pergi ke tempat kejadian menjumpai mayat mangsa dengan kaki dan tangannya diikat dengan tali manakala mulutnya ditutup dengan kain. 

"Terdapat juga kesan kecederaan di kening dan belakang kepala mangsa dipercayai akibat pukulan dengan objek keras," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Zaki Masroh kepada pemberita di tempat kejadian. 

Sumber: Berita Harian Online, 3/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan