PILIHANKU

TAJAAN

03 Ogos 2010

PEMBUNUH UTAMA DI SINGAPURA...?

Jatuh dari aras tinggi kekal pembunuh utama di Singapura

02/08/2010 8:48pm

SINGAPURA 2 Ogos – Banyak kes kematian dalam kalangan petugas di tempat kerja di Singapura adalah akibat jatuh dari aras tinggi, demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia.
Pada separuh pertama tahun ini saja, dari sejumlah 25 kemalangan jiwa, terdapat 10 kematian akibat jatuh berbanding 11 kematian dalam tempoh sama tahun lepas, kata kementerian itu.
Menurutnya, “jatuh dari aras tinggi kekal sebagai pembunuh utama di tempat kerja”.
Kementerian itu hari ini mengumumkan kursus latihan baru mengenai bekerja di tempat tinggi dan pemeriksaan dipertingkat di tempat kerja sebagai sebahagian daripada pendekatan serampang dua mata bagi mengelak kemalangan jiwa semasa bekerja di tempat tinggi.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan