PILIHANKU

TAJAAN

05 Ogos 2010

SITI ROHANA BELUM BERNIKAH...?

Ibu nafi Siti Rohana bernikah

TANJONG KARANG 4 Ogos - Ibu Allahyarham Siti Rohana Ismat, 43, Siti Badariah Ahmad menafikan anaknya sudah bernikah dengan Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh yang kedua-duanya ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam kereta di kawasan Sungai Buloh pagi semalam.
Siti Badariah, 62, berkata, hubungan anaknya dengan Abdul Aziz wujud kerana Allahyarham pernah menjadi pembantu peribadi kepada bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Permatang itu.
"Saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian anak saya.
"Sepatutnya kes diserahkan kepada polis untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gulang Gulang dekat sini hari ini.

Siti Rohana dan Abdul Aziz, 64, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekat sini semalam.
Abdul Aziz ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Karang manakala Siti Rohana merupakan Naib Ketua Wanita UMNO bahagian itu.
Sementara itu, bapa Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, menjelaskan, anaknya seorang  yang baik dan merupakan seorang ibu tunggal yang gigih mencari rezeki dengan berniaga bagi menyara kehidupan.
Jelasnya, beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang tindakan anaknya yang sudah dewasa dan berpengalaman luas dalam perniagaan dan mampu berdikari.
"Sebagai bapa, saya reda dengan ketentuan takdir anak saya meninggal dalam keadaan mengejutkan kami sekeluarga.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan