PILIHANKU

TAJAAN

08 September 2010

JIKA GEREJA DOVE BAKAR AL-QURAN...?

Askar AS dalam bahaya

KABUL 7 Sept. – Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus memberi amaran nyawa askar AS di negara ini akan terancam jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada 11 September ini.
Petraeus berkata, rancangan untuk membakar kitab suci itu akan menjadi kejayaan propaganda bagi pejuang Taliban di Afghanistan dan memarakkan sentimen anti-AS di seluruh dunia Islam.
Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida mengumumkan akan membakar naskhah-naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 pada Sabtu ini, bagi memprotes apa yang didakwanya sebagai ‘kejahatan Islam’.
“Tindakan itu boleh membahayakan askar dan mengancam seluruh usaha kita.
“Tindakan seperti itulah yang digunakan sebagai propaganda oleh Taliban dan yang boleh mencetuskan banyak masalah besar. Bukan sahaja di sini tetapi di mana sahaja kita menjalinkan hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia,” kata Petraeus dalam wawancara dengan akhbar Wall Street Journal semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 8/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan