PILIHANKU

TAJAAN

01 Februari 2011

PENJARA 31/2 DENDA Rp250 JUTA BUAT ARIEL...?

Suspek kes video lucah Najriel Irham atau lebih dikenali Ariel Peterpan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah (ditolak masa tahanan) berserta denda Rp250 juta (RM85,000).

Hakim Gedung Pengadilan Negeri Bandung, Indonesia, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman itu selepas penyanyi terkenal itu terbukti secara sah dan meyakinkan terlibat menyebarkan dan membuat pornografi.

Hukuman itu jauh lebih rendah daripada pihak pendakwaan yang mahukan Najriel dikenakan hukuman lima tahun dan tiga bulan penjara, lapor agensi berita Indonesia ANTARA.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah menimbangkan bahawa tertuduh masih muda dan tidak pernah terlibat melanggar undang-undang sebelum ini.

Najriel diberikan tujuh hari untuk mengemukakan rayuannya.



Sumber: www.Malaysiakini.com, 1/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan