PILIHANKU

TAJAAN

14 Jun 2010

1MALAYSIA DIKAGUMI DIPLOMAT...?

Presiden, Duta Besar Bosnia Kagumi 1Malaysia

Jun 14th, 2010 | By administrator | Category: Eksklusif
Oleh Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi tarikan kepada diplomat asing  yang bertugas di negara ini.
Dalam hal ini, Duta Besar Bosnia Herzegovina, H.E Ensar Aminovic menyatakan kekagumannya terhadap gagasan yang diterapkan itu dengan penerimaan positif seluruh rakyat bagi bersama-sama mengekalkan perpaduan.
Katanya, pelaksanaan gagasan tersebut turut menarik minat Presidennya, Dr. Haris Silajdzic dalam hasrat beliau untuk menerapkan aspek sama bagi memastikan keamanan dan kelestarian di dalam negara yang dianggotai pelbagai etnik.
“Gagasan 1Malaysia ini benar-benar menarik kerana  menghargai dan menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset dan kelebihan yang patut dibanggakan,” katanya.
Sumber: Ubah suai daripada Umno Online, 14/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan