PILIHANKU

TAJAAN

16 Jun 2010

DADAH: Rampasan RM3.7 juta...?

15 ditahan, rampasan RM3.7 juta


MOKHTAR menunjukkan sejumlah dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah terbesar negeri ini selepas menemukan barang terlarang itu berjumlah RM3.7 juta dalam tujuh serbuan di negeri ini minggu lalu.
Dalam serbuan dua hari berturut-turut bermula Khamis lalu, polis menahan 15 individu iaitu membabitkan sembilan lelaki dan empat wanita tempatan serta dua orang wanita warga Myanmar.
Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 51 tahun.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, serbuan tersebut dilakukan di tujuh lokasi iaitu di Hentian Rehat Pagoh, Muar, Taman Seri Austin Perdana, Seri Alam, Taman Megah Ria, Masai dan Taman Molek di sini.
"Salah sebuah lokasi yang diserbu merupakan makmal memproses dadah kepada sindiket itu manakala lokasi-lokasi lain dijadikan stor simpanan pelbagai jenis dadah," kata beliau di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 16/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan