PILIHANKU

TAJAAN

11 Jun 2010

GELARAN DATUK DITARIK BALIK: Anwar Mohon Menghadap Sultan Johor...?


EKORAN PENARIKAN BALIK GELARAN DATUK DARIPADA JUI MENG

SHAH ALAM 11 Jun - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu gelaran dua 'Datuk' yang ditarik balik daripada mantan Menteri Kesihatan, Datuk  Chua Jui Meng.
Anwar dalam 'tweeter'nya  pagi tadi menulis beliau terkejut dengan tindakan tersebut tetapi Jui Meng yang mendapat berita itu mengambil pendekatan untuk bertenang.
Semalam, Jui Meng yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menerima panggilan telefon daripada  Setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli yang meminta beliau memulangkan semula pingat kebesaran yang dikurniakan kepadanya.
Jui Meng menerima dua anugerah itu yang diberikan oleh Sultan Johor terdahulu, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar .
Gelaran tersebut iaitu  'Datuk Paduka Mahkota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'
Tidak ada sebarang alasan yang diberikan dan beliau diberitahu pihak istana tidak perlu mendedahkan alasan sebenar tindakan tersebut.
Sumber: Ubah suai daripada Suara-Keadilan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan