PILIHANKU

TAJAAN

13 Jun 2010

KAPAL ZIONIS: LAMBANG SIKAP TALAM 2 MUKA....?



Kapal Zionis Israel Di Malaysia Bukti Sikap Talam Dua Muka Umno-BN

Oleh Nazar Hashim 
SEBERANG JAYA 13 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendedahan yang dibuat dalam media mengenai kapal Israel yang berlabuh dibeberapa pelabuhan di negara ini membuktikan Umno-Barisan Nasional tidak ambil peduli terhadap kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin sejak tahun 1948.
"Dengan terjalinnya hubungan dan meneruskan urusniaga dengan kapal-kapal Israel ini secara terang mempamerkan sikap talam dua muka kerajaan Umno-BN yang semakin lama semakin parah jika dibiarkan.
"Oleh kerana itulah kepimpinan kerajaan pusat harus menjawab semua dakwaan yang diajukan kepada mereka berhubung dua isu besar yang melibatkan maruah dan kepentingan rakyat negara ini," kata Anwar pada sidang media selepas menemui masyarakat Cina dan India di Seberang Jaya semalam.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyelar Umno-BN kerana tidak prihatin terhadap bantahan dan bangkangan yang ditunjukkan rakyat berhubung isu kelulusan lesen judi sukan bola sepak sempena Piala Dunia yang sedang berlangsung sekarang.
Menurut Anwar sikap tidak sensitif kerajaan  membuktikan bahawa kepimpinan Umno-BN hanya mementingkan keputusan yang telah mereka buat tanpa mengambil kira kepentingan dan kesan jangkamasa panjang terhadap rakyat.
"Mereka berdolak dalik dalam keputusan mengenai lesen judi bola sepak. Ada satu ketika mereka menyatakan lesen telah dikeluarkan dan pada satu ketika yang lain pula mereka menafikannya.
"Inilah sikap mereka yang tidak konsisten dalam mentadbir dan menerajui negara. Yang utama bagi mereka ialah kepentingan peribadi, kepentingan individu menjadi keutamaan dengan menidakkan suara rakyat yang mahukan lesen judi sukan bola sepak ini tidak dikeluarkan," tegas beliau. 
Anwar juga berkata sikap yang diambil oleh kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah lebih konsisten apabila membuat keputusan tegas tidak membenarkan lesen judi sukan bola sepak ini dijual jika berbanding dengan kepimpinan Umno-BN yang tidak mempunyai prinsip.
Turut hadir pada majlis bersama masyarakat itu termasuk Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Tan Hock Leong yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk serta kepimpinan KEADILAN Pulau Pinang.
Sumber: Suara-Keadilan.com, 13/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan