PILIHANKU

TAJAAN

17 Jun 2010

KENYATAAN NAJIB DI KOTA BHARU...?

'Pilihan Raya Umum Ke-13 biar kejutan'
Oleh Ismail Mat, Norliza Wasilan dan Fazurawati Che Lah
bhnews@bharian.com.my
2010/06/17

NAJIB  diiringi Mustapa   hadir  pada majlis bersama masyarakat   Siam     di Wat Matchimaram   Tumpat,   semalam.
NAJIB diiringi Mustapa hadir pada majlis bersama masyarakat Siam di Wat Matchimaram Tumpat, semalam.
Najib ambil kira pelbagai faktor sebelum tetap tarikh

TUMPAT: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan dibuat semata-mata hanya kerana satu kajian menunjukkan peningkatan sokongan terhadap prestasi kerajaan kepemimpinannya.
Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya umum akan kekal sebagai sesuatu yang mengejutkan kepada semua pihak dan hanya ditetapkan tarikhnya selepas pelbagai faktor diambil kira.
"Itu (kajian Merdeka Centre) adalah satu punca kajian saja. Kita tidak boleh bergantung pada satu penilaian saja dan untuk memanggil pilihan raya umum, banyak faktor kita perlu ambil kira.

"Yang paling penting ialah usaha kita untuk menguatkan parti dan menentukan kita mempunyai barisan berwibawa, selain sokongan kepada pucuk pimpinan adalah antara faktor yang diambil kira," katanya pada sidang media selepas majlis bersama-sama masyarakat keturunan Siam yang berlangsung di Wat Matchimaram di sini, petang semalam.



Sumber: Ubah suai daripada Berita Harian Online, 17/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan