PILIHANKU

TAJAAN

18 Jun 2010

LAGI KEMALANGAN NGERI DI PEKAN....?

Lima maut bertembung treler

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mangsa sekeluarga remuk setelah merempuh sebuah treler di Kilometer 87, Jalan Kuantan-Segamat, semalam.


PEKAN 17 Jun - Hasrat seorang guru penolong kanan dan keluarganya untuk menghabiskan cuti sekolah di Melaka berakhir dengan tragedi apabila lima daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler.
Tragedi terbaru itu terjadi hanya kira-kira 10 kilometer daripada lokasi yang meragut nyawa enam sekeluarga, pada 8 Jun lalu.
Mangsa terbunuh ialah pemandu Naza Ria, Roland Wee Seng, 56, yang merupakan guru penolong kanan di Muar, Johor dan ibu mertuanya, Lim Kim Boon, 79.
Turut terbunuh tiga anak Wee Seng iaitu Joash Wee, 23; Jasinth Wee, 18, dan Jelyn Wee, 16.
Kesemua mereka meninggal di tempat kejadian kecuali Jasinth di Hospital Muadzam Shah (HMS) ketika menerima rawatan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 18/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan