PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

LAGI LOGO HALAL DIPERMAINKAN...?

Kilang teh pakai logo halal tak iktiraf diserbu


KUALA LUMPUR - Sebuah kilang teh terkenal diserbu dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) kerana menggunakan logo halal daripada syarikat yang tidak diiktiraf.
Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman berkata, logo halal premis yang beroperasi di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara itu juga tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kita mengambil langkah penguatkuasaan ini untuk memastikan setiap pengeluaran produk yang benar-benar diiktiraf.
"Walaupun premis berkenaan mempunyai sijil halal swasta yang masih sah namun ia sememangnya tidak menepati mutu dan piawaian yang ditetapkan oleh Jakim dan JAIS," katanya kepadaKosmo! di sini semalam.
Sumber: Kosmo! Online, 19/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan