PILIHANKU

TAJAAN

23 Jun 2010

BANTAHAN UPSR, PMR DIMANSUHKAN...?

Wakil rakyat Bebas tidak setuju UPSR, PMR dimansuh

22/06/2010 3:10pm


KUALA LUMPUR 22 Jun - Konsensus Bebas hari ini tidak bersetuju dengan cadangan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengetuai sidang media bagi konsensus itu di lobi Parlimen berkata, peperiksaan awam UPSR adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan.
"Lebih dari itu, peperiksaan awam berkenaan ialah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosio-ekonomi sekolah.
"Rasional bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mendorong kepada sistem pendidikan yang menjuruskan kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan itu bukanlah penyelesaian terbaik dan hanya sistem pendidikan yang memberikan penekanan seimbang antara pencapaian akademi dengan aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk ke arah satu sistem pendidikan yang holistik,” katanya.
Beliau berkata, kaedah latihan perguruan dan silibus pembelajaran perlu dikaji semula bagi membentuk sistem pendidikan yang holistik.
Selain itu, Mohsin Fadzli berkata konsensus bebas berpendapat bahawa sistem pendidikan di negara ini seolah bergantung kepada cita rasa Menteri.
"Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Oleh itu, konsensus bebas menyarankan kepada kerajaan bahawa satu dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal,” katanya. - Bernama

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 23/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan