PILIHANKU

TAJAAN

22 Jun 2010

PERJANJIAN PERTUKARAN MALAYSIA-SINGAPURA...?

Stesen Kereta api Tanjung Pagar
Isu tanah KTMB: Keputusan muktamad tiga bulan lagi
22/06/2010 7:14pm

PUTRAJAYA 22 Jun – Malaysia dan Singapura hari ini sepakat untuk mencapai satu keputusan muktamad mengenai tawaran pertukaran tanah membabitkan isu pelaksanaan butiran-butiran perjanjian (POA) berhubung tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) di republik itu dalam masa tiga bulan lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia akan meneliti secara terperinci tawaran spesifik mengenai pertukaran tanah yang dikemukakan oleh Singapura dalam mesyuarat dua hala hari ini sebelum membuat keputusan muktamad dalam tempoh tersebut.
Dalam mesyuarat dua hala yang disifatkan sebagai produktif itu, Najib berkata, kedua-dua buah negara juga bersetuju menurunkan kadar tol di link kedua sebanyak 30 peratus berkuat kuasa pada 1 Ogos ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas mesyuarat dua hala di sini hari ini. – Utusan

Sumber: Utusan Malaysia Online, 23/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan