PILIHANKU

TAJAAN

16 Jun 2010

PM: KEMUKA PEMBAHARUAN BN...?

Konvesyen BN November Ini Bentang Pembaharuan BN - Najib
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) akan mengadakan konvensyen BN pada November ini selepas Perhimpunan Agung Umno bagi membentangkan perubahan dan pembaharuan dalam gagasan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

"Untuk ini jawatankuasa percambahan fikiran di bawah Timbalan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Setiausaha Agung BN (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan pihak-pihak tertentu serta wakil parti masing-masing akan dibentuk bagi membolehkan cetusan idea baru supaya memberi input bagaimana boleh memberikan pembaharuan kepada BN dalam semua aspek," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan menyuarat Dewan Tertinggi BN di sini Selasa malam, beliau berkata konvensyen itu juga akan menggambarkan BN sebagai sebuah parti untuk terus memimpin negara dan tidak bersandar kepada kejayaan pada masa lalu semata-mata.

Pada mesyuarat ini juga, Najib berkata BN juga mengambil iktibar daripada pengalaman yang dilalui oleh gagasan itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.

BN berjaya merampas kembali kerusi Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi gagal mempertahankan kubu kuatnya di Sibu.

"BN berazam untuk melakukan penambahbaikan supaya  akan dapat menambahkan kekuatan BN pada masa akan datang," katanya.

Najib berkata semua komponen BN juga bersetuju untuk mengadakan program dan penjelasan bersama supaya isu-isu tidak akan dikaitkan dengan satu parti komponen sahaja tetapi melibatkan semua parti berdasarkan semangat BN yang memperjuangkan nasib semua kaum.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa undang-undang antilompat parti perlu digubal dan diperkenalkan, Najib berkata: "Hari ini orang dia lompat pula. DAP lompat, baru sekarang dia nak bunyi. Masa dia curi orang kita, tidak ada pula dia berbunyi."

Sumber: BERNAMA, 16/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan