PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

SHAHIR: JUARA AF8, Tentang kekasih....?

Shahir mahu kekasih jujur
DITULIS OLEH ROSLI MANAH    KHAMIS, 17 JUN 2010 17:01   

share
Shahir juara Akademi
Fantasia 8 semakin ramai peminat. Malah mak cik-mak cik juga sukakan Shahir
yang kelihatan sopan dan ada pengetahuan dalam agama. Kira macam calon menantu
pilihanlah ni.
Apa agaknya syarat nak jadi kekasih Shahir yang mengaku masih single ini?

MAHU YANG SEDAP MATA MEMANDANG.
Shahir atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi, 22, membuat pengakuan kepada wartawan majalah Mangga, Fadhil Abdollah pasal tastenya dalam memilih bakal kekasih.

Kata Shahir: "Saya belum lagi bercinta secara serius. Memang ada yang cuba mendekati saya, tapi saya ni pemalu jadi mereka tak berani nak mendekati saya dengan lebih dekat.
"Sekarang ini saya tak mahu fikirkan pasal cinta... mungkin selepas lima tahun barulah boleh fikirkan kut. Tunggu kerjaya saya stabil dulu. Namun saya tak menolak sekiranya perasaan cinta itu datang pada bila-bila masa kerana hal berkaitan perasaan ini susah nak diduga.
"Bila dah tiba masanya nanti, saya nak kekasih yang sedap mata memandang,
amat memahami saya dan karier saya. Saya tak kisah dia bertudung atau
tidak, apa yang penting hatinya mestilah sentiasa jujur dalam hubungan.
Kalau boleh saya mahu cari kekasih hati saya sendiri."
Itulah cerita Shahir yang turut dimuatkan dalam majalah Mangga edisi
bulan Julai 2010 yang sudah ada di pasaran. Shahir sekarang
sangat popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Sumber: ManggaOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan