PILIHANKU

TAJAAN

27 Julai 2010

PAKISTAN SOKONG TALIBAN...?


Pakistan dituduh belot AS, secara rahsia sokong Taliban

2010/07/27

WASHINGTON: Pakistan dituduh belot terhadap Amerika Syarikat (AS) dengan secara rahsia menyokong Taliban dan pada masa sama menerima bantuan daripada Washington, menurut dokumen sulit yang dibocorkan laman web WikiLeaks.

Rumah Putih semalam mengecam tindakan WikiLeaks mendedahkan dokumen berkenaan dan berkata tindakan itu boleh mengancam keselamatan negara dan nyawa rakyat dan sekutu Amerika Syarikat. Pendedahan yang tidak bertanggung jawab ini tidak akan memberi kesan kepada komitmen kami terhadap Afghanistan dan Pakistan, kata penasihat keselamatan negara AS, Jim Jones dalam satu kenyataan. Akhbar New York Times melaporkan 91,000 dokumen yang dihimpun daripada tentera AS di Afghanistan menunjukkan Pakistan secara aktif bekerjasama dengan pemberontak di Afghanistan.

Dokumen itu menunjukkan Pakistan membenarkan anggota perkhidmatan risikannya untuk menemui anggota Taliban secara rahsia bagi tujuan menyusun rapi rangkaian kumpulan itu dalam memerangi tentera AS di Afghanistan, di samping merancang pembunuhan pemimpin Afghanistan, lapor Times.

Sumber: Berita Harian Online, 27/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan