PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

"SLEEP IS BETTER THAN MEDICINE"....?

SIHAT BERMULA DENGAN TIDUR

Assalamualaikum,
Penulis ingin berkongsi pengetahuan dengan saudara/i pembaca sekalian tentang perkara yang paling biasa dengan kehidupan kita iaitu tidur. Penulis tergerak hati untuk memulakan wacana tentang tidur ini kerana gangguan tidur sekarang makin hebat dek serangan demam bola sepak piala dunia 2010. Peminat-peminat fanatik bola sepak semestinya terpaksa atau memaksa diri bersengkang mata di depan kaca tv menonton siaran langsung dari Afrika Selatan. Wah, seronok, tapi ada juga insan yang menelan hempedu dek kerenah kita.

KEPERLUAN TIDUR
Tubuh kita sebenarnya memerlukan tidur yang mencukupi selain keperluan makanan, air dan udara. Namun masih ramai yang mengabaikan keperluan tidur ini! Tidur turut memainkan peranan terhadap organ dalaman seperti otak, jantung, paru-paru, kulit dan juga mata kita.
  • JANTUNG
Jantung ialah organ dalaman yang tidak pernah berhenti berdegup meskipun kita dalam keadaam tidur. Ketika kita tidur, degupan jantung kita akan lambat, pembuluh-pembuluh darah akan melebar serta tekanan darah turun. Cukup tidur akan membaiki mood dan vitalitas tubuh pada hari berikutnya. Apabila kurang tidur, tekanan darah kita akan naik dan moonya cenderung kepada mudah marah. Begitu juga dengan degupan jantungnya. Namun jika tidur mencukupi, segalanya kembali normal.
  • MATA
Mata ialah organ yang terpenting. Setelah seharianbekerja, otot-otot sekitar mata akan tertarik-tarik ribuan kali mengikut ekspresi wajah seseorang itu. Tambahan pula jika seseorang itu berada dalam keadaan sedih, tertekan, gembira, tertawa dan sebagainya. Semuanya akan melibatkan tarikan pada bahagian otot-otot sekitar mata. Oleh hal yang demikian, mata juga memerlukan rehat yang mencukupi.
  • PARU-PARU
Baik dalam keadaan terjaga atau tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung kemudian mengalir ke saluran pernafasan yang terus ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik, maka fungsi organ ini akanberada dalam keadaan baik. Kesulitan tidur akan hanya menyebabkan risiko strok. Organ ini yang aktif bekerja ini akan berehat jika kita mendapat tidur yang cukup.
  • KULIT
Ketika tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia dan melatonin. Fungsi kedua-duanya adalah untuk kecantikan seperti membaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan serta mengembalikan keremajaan kulit. Jadi memang akan jelas nampak perbezaan antara orang yang tidur cukup dengan orang yang kurang tidur. Wajah mereka yang tidak cukup tidur, wajahnya kelihatan lesu dan tidak bermaya malah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
  • OTAK

Ketika tidur, ada bahagian tertentu dari otak yang bekerja namun secara perlahan disebabkan kadar metabolisme glukosa lambat. Tetapi ada juga bahagian tertentu yang aktif misalnya hormon yang melibatkan bahagian otak yang berhubungan dengan stres dan mood anda. Tidur juga memberi waktu kepada serebral korteks membaiki fungsinya. Bahagian ini merupakan bahagian otak yang digunakan untuk mengingat, membayangkan hal-hal yang dilakukan sebelum kita tidur.

Jadi pesan penulis ialah, walaupun kita terpaksa berjaga malam kerana bola, kita kena juga fikirkan untuk mencari ruang atau masa untuk tubuh kita berehat. Pandai-pandailah mencuri masa.....? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan