PILIHANKU

TAJAAN

18 Jun 2010

WARGA INDON DIDENDA RM10,000 KERANA RASUAH...?

Warga Indonesia dipenjara, didenda RM10,000 rasuah polis

17/06/2010 4:59pm

SHAH ALAM — Seorang tukang sapu lebuh raya warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM100 kepada seorang konstabel polis, Ahad lepas.
Hakim Mat Ghani Abdullah turut memerintahkan tertuduh, Rahem, 30, menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Rahem didakwa memberi suapan kepada konstabel Mohd Zuraimie Hisham Mat Noor, anggota polis Pasukan Gerakan Am, Kem Bukit Galing, Kuantan, Pahang, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Sumber: Kosmo! Online, 17/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan