Blog ini mengkhususkan diskusi tentang isu-isu utama yang menjadi topik perbincangan semasa yang mencabar minda semua. Hala tuju diskusi lebih kepada pendirian yang tidak memihak dan bersifat telus serta adil.
PILIHANKU
TAJAAN
31 Julai 2010
AKSI YANG MAHU DILIHAT...?
ORANG MAKAN ORANG...?
ANJING PUN KENA...?
BAPA BOREK ANAK RINTIK...?
ADOI...SENAKNYA...?
ANAK TEMBIKAI...?
MENANGIS...?
KETUA CAWANGAN MCA DIBUNUH...?
Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing mati dibunuh
31/07/2010 7:28pm
LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.
Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.
"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
KELANTAN MENANG 3 - 1 TAPI GAGAL...?
Selangor pertahan kejuaraan Liga Super
31/07/2010 10:51pm
KUALA LUMPUR 31 Julai - Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan Terengganu di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Tiga mata berharga itu sudah cukup buat Selangor menafikan hajat Kelantan selepas memungut 63 mata, meninggalkan Red Warriors, lima mata di belakang dengan baki satu perlawanan.
Kelantan berjaya menundukkan Johor 3-1 di Stadium JCorp namun kemenangan itu tidak mencukupi untuk menghalang Selangor berpesta di Shah Alam.
Gol daripada Mohd. Amirul Hadi Zainal pada minit ke-66 dan jaringan penalti Mohd.Safiq Rahim pada minit ke-74 memastikan kira-kira 30,000 penonton setia Merah Kuning pulang gembira melihat Selangor menjulang trofi di laman sendiri.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
PERANG API: 28 TERBUNUH DI RUSIA...?
Fires extend grip in western Russia | |||
But the officials said the fires, which have wiped out villages and vast areas of woodland, had been brought under control as evacuations continued on Saturday. The emergencies ministry said in a website statement that "the situation with fires ... is under control" due to preventative measures being taken. Anatoly Serdyukov, the defence minister, said all 300 of the army's fire lorries had been dispatched to help fight blazes across at least 14 of the country's 83 regions, including outside Moscow, the capital. But state television reported that in some regions up to 20 new fires were being registered every day. Sumber: AlJazeera.Net, 31/7/2010 |
800 MAUT KERANA BANJIR DI PAKISTAN...?
Floods trap thousands in Pakistan | |||
More than a million people had been affected by the floods on Saturday. Bloated rivers have washed away villages and triggered devastating landslides throughout the northwest of the country. Vast swathes of farmlands have been destroyed, and entire cities have been cut off after being lashed by the heaviest rains in living memory. Pakistani officials warned that more people could be affected as they expected river levels to continue to rise in coming days. The city of Peshawar has been entirely cut off from the rest of the country, and the Pakistani military has sent boats and helicopters to surrounding areas to rescue stranded villagers. Sumber: AlJazeera.Net, 31/7/2010 |
ANNUAR MUSA MENANG...?
MUKA-MUKA BARU DAN LAMA DALAM FAM
TIMBALAN Presiden FAM, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga dari kiri) dan Tan Sri Annuar Musa (tiga dari kanan) bersama barisan calon yang dipilih pada Kongress FAM ke-47 di Shah Alam, hari ini. Bagi jawatan presiden, Sultan Ahmad Shah kekal untuk penggal 2010-2014. - Foto Fariz Iswadi Ismail
DAP PECAT AHLI MPK...?
31 Julai, 2010 22:38 PM
DAP Pecat Tee Boon Hock
SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.
Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.
"Saya sahkan perkara itu (pemecatan Tee)," katanya.
Selasa lepas, akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.
Walaupun, akhbar tidak menyatakan identiti anggota majlis itu, menggambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.
Sumber: BERNAMA, 31/7/2010
Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.
"Saya sahkan perkara itu (pemecatan Tee)," katanya.
Selasa lepas, akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.
Walaupun, akhbar tidak menyatakan identiti anggota majlis itu, menggambarkannya sebagai seorang veteran DAP berusia lingkungan 50-an dan pernah dua kali bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum lepas dan menganggotai lembaga tender Majlis Perbandaran.
Sumber: BERNAMA, 31/7/2010
UPSR DAN PMR MASIH DITELITI...?
31 Julai, 2010 21:33 PM
Kementerian Masih Kumpul Maklumat Berkaitan Pemansuhan UPSR & PMR
PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Laporan penuh berkaitan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dijangka diserah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran sebelum akhir bulan depan.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pada masa ini kementerian masih mengumpul maklumat bagi menyediakan laporan penuh itu.
"Saya belum mendapat maklumat yang lengkap. Kita perlu perhalusi banyak lagi aspek melalui cadangan yang telah dikemukakan.
"Kami juga masih mengumpul semua cadangan yang dicadangkan termasuk melalui media seperti paper cutting (keratan akhbar), emel dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pada masa ini kementerian masih mengumpul maklumat bagi menyediakan laporan penuh itu.
"Saya belum mendapat maklumat yang lengkap. Kita perlu perhalusi banyak lagi aspek melalui cadangan yang telah dikemukakan.
"Kami juga masih mengumpul semua cadangan yang dicadangkan termasuk melalui media seperti paper cutting (keratan akhbar), emel dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri ke-37 di sini.
Sumber: BERNAMA, 31/7/2010
KELANTAN VS JOHOR FC...?
PERLAWANAN YANG AMAT PENTING BAGI KELANTAN
DI SAMPING BANTUAN DARIPADA PASUKAN TERENGGANU...?
BANJIR DI PAKISTAN: LEBIH 430 TERBUNUH...?
Pakistan flood death toll rises | |||
The death toll in three days of flooding in Pakistan has reached at least 430, Pakistani rescue and government officials said. More than a million people have also been affected by the floods that have bloated rivers, submerged villages, and triggered landslides throughout the northwest of the country. Rescue workers were struggling to reach people who were stranded by the flooding, thought to be the worst in the region since 1929. Pakistani TV on Friday showed images of people clinging to fences and other stationary items as water gushed over their heads. Sumber: AlJazeera.Net, 31/7/2010 |
BENCI RAKYAT AFGHAN TERHADAP AMERIKA...?
Afghans riot after deadly accident | |||
Rioters in the Afghan capital have set fire to two US embassy vehicles shouting "death to America" after one of the SUVs collided with a civilian car killing a number of passengers, officials and witnesses have said. Police fired into the air to disperse the crowd of angry Afghans who threw stones and chanted "death to Karzai" in reference to Hamid Karzai, the Afghan president. Al Jazeera's correspondent in Afghanistan James Bays said the exact details of the incident are still unclear, but security officials are concerned. "Some in the crowds said people got out of a [passenger] vehicle and embassy guards started firing," our correspondent said on Friday. Sumber: AlJazeera. Net, 31/7/2010 |
ISRAEL LANCAR SERANGAN DI GAZA...?
Israeli jets strike Gaza | |||
Israel has launched air attacks against targets in the Gaza Strip, injuring eight Palestinians, medical sources have said. Sami Zyara, a Palestinian journalist in the Gaza Strip, told Al Jazeera that at least two rockets launched on Friday targeted a police training centre run by Hamas. The Israeli military had no immediate comment. Earlier on Friday, Palestinian fighters launched a rocket into the city of Ashkelon on Israel's Mediterranean coast, causing some damage but no injuries. There are also reports that israeli rockets have hit smuggling tunnels on the border with Egypt, without causing casualties. "This attack came after rockets were fired at Ashkelon," Zyara said. Sumber: AlJazeera.Net, 31/7/2010 |
RM9.54 JUTA BELANJA KAHWIN...?
Kos kahwin anak Clinton RM9.54j
RHINEBECK, New York - Kos perkahwinan Chelsea Clinton berumur 30 tahun yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton di sebuah hartanah peribadi di New York hari ini dianggarkan mencecah lebih AS$3 juta (RM9.54 juta).
Walaupun pakar-pakar industri perkahwinan menganggarkan kosnya hampir AS$5 juta (RM15.9 juta), namun Timbalan Editor majalah Brides, Sally Kilbridge menyatakan Chelsea tidak akan bersikap begitu ekstrem.
"Saya fikir kosnya adalah antara AS$2 juta (RM6.3 juta) hingga AS$3 juta (RM9.54 juta)," katanya.
Sumber: Kosmo! Online, 31/7/2010
SELANGOR JUARA LIGA SUPER...?
Ketika menjuarai Piala Sumbangsih 2010
Selangor hampiri gelaran
Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my
helmi.talkah@kosmo.com.my
SELANGOR berpeluang ditabalkan selaku juara Liga Super malam ini.
Seandainya berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini, skuad bimbingan K. Devan itu akan mengesahkan kejuaraan mereka buat musim kedua berturut-turut.
Justeru, apa jua keputusan yang dicatatkan pencabar terdekat mereka, Kelantan ke atas Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, ia tidak akan mengubah kedudukan Selangor selaku pendahulu liga.
"Pertemuan dengan Terengganu sememangnya perlawanan penting buat kami dan pemain-pemain tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan bagi mengesahkan kejuaraan lebih awal.
Sumber: Kosmo! Online, 31/7/2010
IBU TERLEPAS TALI GANTUNG...?
GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan seorang wanita yang didapati tidak bersalah atas tuduhan menjerut leher dua orang anaknya hingga mati supaya menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yassin membuat keputusan itu pada akhir perbicaraan kes setelah mendapati tertuduh Rosniza Ibrahim, 32, menghidap penyakit kemurungan serius dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu.
Sumber: Kosmo! Online, 31/7/2010
LIONG SIK TIPU KERAJAAN MALAYSIA...?
Kes Liong Sik bukti sistem undang-undang di Malaysia telus
KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan pihak berkuasa mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membuktikan sistem perundangan negara ini tidak mengenal pangkat serta kedudukan seseorang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fakta itu sekali gus menolak dakwaan pihak pembangkang khususnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perundangan Malaysia tidak adil dan berat sebelah.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
FERI KARAM DI KINSHASA....?
Feri karam 140 dipercayai maut
KINSHASA 30 Julai – Sebuah feri karam di Republik Demokratik Congo menyebabkan sekurang-kurangnya 140 orang mati lemas selepas feri itu didakwa membawa terlalu ramai penumpang.
Feri itu dilaporkan karam pada Rabu lalu di Sungai Kasai, pecahan daripada Sungai Congo di wilayah Bandundu, barat negara ini, setelah melanggar beting pasir, kata pegawai, semalam.
Seorang pegawai tempatan di pejabat gabenor Bandundu berkata, sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh, manakala Menteri Komunikasi, Lamber Mende berkata, seramai 80 orang maut, sementara 76 lagi selamat.
Menurutnya, terdapat 180 orang penumpang berdaftar berada di atas feri itu, dan beberapa orang lagi menaiki feri itu secara rahsia.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
APACHE TERHEMPAS...?
Gambar hiasan
Dua terbunuh, Apache terhempas dalam latihan
31/07/2010 3:15am
ATHENS 31 Julai - Dua juruterbang tentera Greece terbunuh apabila helikopter penyerang Apache terhempas dalam latihan penerbangan hari ini, kata Menteri Pertahanan Greece sambil secara rasmi mengisytiharkan tempoh berkabung bagi angkatan bersenjata.
Menterinya, Evangelos Venizelos berkata, nahas yang meragut nyawa dua orang juruterbang tentera udara terpilih itu sangat tragis dan berjanji siasatan terperinci akan dijalankan secepat mungkin bagi mengesan punca kemalangan itu berlaku.
“Seluruh pasukan bersenjata Greece akan bergabung selama tiga hari berikutan nahas tragis ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Helikopter penyerang Apache itu terhempas sebaik berlepas di lapangan terbang tentera Megara, kira-kira 60 kilometer ke barat Athens sebelum pukul 9 pagi GMT (5 petang waktu Malaysia).
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
ASYRAF JOHAN IMAM MUDA...?
Asyraf juara Imam Muda
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Julai – Setelah tiga bulan bersiaran, program pencarian imam dalam kalangan generasi muda iaitu Imam Muda akhirnya menobatkan Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan sebagai juara.
Kemuncak program pertama di dunia yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam malam ini.
Program itu turut mendapat perhatian dan permintaan daripada beberapa stesen penyiaran gergasi luar negara termasuk salah sebuah rangkaian televisyen di Switzerland dan Turki.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010
29 Julai 2010
LATIHAN LAUT CHINA...?
China pula adakan latihan ketenteraan
BEIJING 28 Julai - China turut menjalankan latihan ketenteraan secara besar-besaran di perairan timur negara ini ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan perang yang dikecam Beijing.
Pasukan artileri Rantau Ketenteraan Nanjing yang bertanggungjawab mempertahankan kawasan perairan timur negara ini, menjalankan lima latihan ketenteraan dekat Laut Kuning, lapor agensi berita rasmi China,Xinhua.
Ia turut disertai latihan roket jarak jauh, demikian menurut laporan itu lewat semalam.
Jelasnya, tujuan utama latihan diadakan adalah untuk menggerakkan perisikan dan peninjauan menggunakan peralatan seperti pesawat tanpa juruterbang dan radar.
Pihak tentera juga menguji roket baru unit artileri dalam latihan itu, lapor media lain.
Tidak jelas sama ada latihan itu dirancang lebih awal ataupun berbentuk tindak balas kepada latihan perang bersama AS-Korea Selatan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
2 GEMPA BUMI DI MINDANAO...?
2 gempa bumi kuat landa Mindanao, tiada ancaman tsunami
29/07/2010 8:46pm
KUALA LUMPUR 29 Julai – Dua gempa bumi kuat menggegarkan Mindanao, Filipina petang ini, namun kedua-duanya tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Gempa bumi pertama berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.4 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur pada pukul 3.31 petang, iaitu kira-kira 571km timur laut Lahad Datu, Sabah.
Gempa bumi kedua pula yang berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.6 darjah Utara dan 123.6 darjah Timur pada pukul 4.55 petang, iaitu kira-kira 608km timur laut Lahad Datu, Sabah. – Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
PEMANDU BAS SEKOLAH MEROGOL MURID...?
Tiga murid sekolah rendah dikenal pasti dirogol pemandu bas
29/07/2010 9:41pm
KUALA LUMPUR, 29 Julai - Sekurang-kurangnya tiga orang murid perempuan sekolah rendah di Petaling Jaya telah dikenal pasti menjadi mangsa rogol seorang pemandu bas sekolah yang ditahan Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, ketiga-tiga orang mangsa dipercayai dirogol pada hari berlainan ketika menjadi penumpang terakhir bas sekolah terbabit.
"Hasil siasatan polis mendapati tiga orang kanak-kanak sekolah rendah yang salah seorang berusia 10 tahun, menjadi mangsa rogol lelaki berusia 51 tahun itu di dalam bas berkenaan ketika pulang dari sekolah,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata, polis kini sedang mengambil keterangan ketiga-tiga orang mangsa untuk membantu siasatan selain mendapat gambaran sebenar kejadian. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
ARIEL DENGAN 30 KOLEKSI VIDEO LUCAH...?
'Peterporn' Ariel collected 30 homemade porn videos
He is indeed, the Edison Chen of Jakarta. The lead singer of the band Peterpan, Ariel, reportedly has a collection of 30 porn videos featuring other Indonesian female celebrities three years ago.
JAKARTA - The lead vocalist of Indonesian rock band Peterpan, Nazril Ariel, 28, who was embroiled in sex scandal with his actress girlfriend Luna Maya, 26 and Indonesian model Cut Tari (who has admitted she was involved in the video), 32, two months ago, has collected over 30 porn videos in his personal laptop involving himself and other famous Indonesian female artistes since 2007, reported okezone.com.
An investigator of Police Headquarters' Criminal Investigation Department (Bareskrim), who declined to be named, when reached on Tuesday(27/7/2010) said, "Ariel has kept his own porn collections in his private laptop computer since 2007."
A man, who was identified only by "RJ", is said to have stolen all thirty porn videos from Ariel's laptop without his knowledge and was eventually passed along to Andes, whom the police are searching for, for allegedly distributing these clips to three university students of Bandung, who circulated them on the internet.
Sumber: www.msn.com
An investigator of Police Headquarters' Criminal Investigation Department (Bareskrim), who declined to be named, when reached on Tuesday(27/7/2010) said, "Ariel has kept his own porn collections in his private laptop computer since 2007."
A man, who was identified only by "RJ", is said to have stolen all thirty porn videos from Ariel's laptop without his knowledge and was eventually passed along to Andes, whom the police are searching for, for allegedly distributing these clips to three university students of Bandung, who circulated them on the internet.
Sumber: www.msn.com
MARADONA SENASIB DUNGA...?
Maradona Tumbang
BUENOS AIRES – Karier Diego Maradona sebagai jurulatih Argentina berakhir awal pagi semalam.
Kontraknya tidak disambung dan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) membuat keputusan mengejut untuk tidak memperbaharuinya.
Masa depan Maradona sememangnya dilihat terumbang-ambing selepas Argentina dibelasah 4-0 oleh Jerman pada pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kurang dua tahun selepas dia menggalas tugas tersebut.
“Kami tidak memperbaharu kontrak barisan kejurulatihan di bawah Maradona dalam skuad kebangsaan. Kami rasa tiada keperluan untuk berbuat demikian,” kata Presiden AFA, Julio Grondona.
Sumber: Kosmo! Online, 29/7/2010
SULTAN BRUNEI MILIKI 7 RIBU KERETA....?
Sultan Brunei ada 7,000 kereta
BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.
Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua buah kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua buah kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima buah kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga buah kereta Cizeta-Moroder V16T.
Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, baginda memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 29/7/2010
SI JELITA SELUDUP SENJATA...?
Wanita jelita Rusia ditangkap seludup senjata
WASHINGTON - Seorang lagi wanita Rusia, Anna Fermanova ditangkap di Amerika Syarikat (AS) semasa dia cuba menyeludup komponen senjata ke dalam sebuah pesawat, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis berkenaan yang bekerja sebagai seorang jurusolek didakwa kerana cuba menyeludup komponen tersebut ke Rusia ketika pihak berkuasa AS meneruskan siasatan terhadap suspek-suspek perisikan asing.
Anna yang tinggal dekat ibu negeri Texas, Dallas, ditangkap semasa cuba membawa tiga buah teropong raifal menaiki satu penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York ke Rusia.
Teropong tersebut yang berteknologi tinggi digunakan untuk mengesan musuh dalam keadaan gelap.
Fermanova, 24, kini ditahan di kediaman ibu bapanya di Plano, Texas dengan ikat jamin ditetapkan pada AS$50,000 (RM159,625).
Sumber: Kosmo! Online, 29/7/2010
JALA MAS....enak...?
Jala mas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu Kelantan yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak di dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dan lain-lain. Hal ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, jala mas biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.
JALA MAS DAN TAHI ITIK....?
Sumber: Wikipedia.
RM18.4 BILION HARGA OPERASI DI AFGHANISTAN...?
Kongres AS luluskan dana perang Afghan RM118.4b
WASHINGTON 28 Julai - Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan peruntukan perang yang dimohon oleh Presiden Barack Obama bagi memperhebat kempen ketenteraan di Afghanistan, sekalipun kebocoran 92,000 fail rahsia tentera memarakkan kemarahan rakyat AS terhadap perang yang tidak lagi mendapat sokongan mereka.
Selepas diluluskan dalam pengundian di Dewan Perwakilan dengan 308 orang anggota menyokong dan 114 lagi menentang, Obama akan menandatangani rang undang-undang berkenaan yang memperuntukkan kira-kira AS$37 bilion (RM118.4 bilion) untuk membiayai konflik di Iraq dan penghantaran 33,000 askar tambahan ke Afghanistan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
SERANG SINGAPURA...?
Rancangan serang Singapura disiasat
29/07/2010 2:53am
JAKARTA 29 Julai - Suspek pengganas Indonesia yang mati ditembak, Ahmad Maulana, merancang untuk menyerang Singapura, malah satu peta yang menunjukkan stesen-stesen kereta api bawah tanah ditanda dengan warna merah turut ditemukan selepas suspek ditembak.
Komplot lelaki itu didedahkan semasa soal siasat terhadap Abdullah Sonata, suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia yang ditahan bulan lepas di Jawa Tengah, kata Kolonel Peter Golose dari unit antikeganasan Indonesia.
Beliau tidak menyebut sasaran tertentu, namun berkata, satu peta Singapura di mana lokasi sebuah stesen kereta api bawah tanah utama ditanda dalam bulatan merah berserta anak panah, ditemukan di dalam beg galas bersama-sama mayat Maulana.
Suspek pengganas itu yang dipercayai menerima latihan di selatan Filipina, ditembak mati semasa satu serbuan polis di ibu negara Jakarta Mei lalu.
Dia turut dituduh terlibat dalam kem latihan pengganas di wilayah Aceh.
“Maulana mempunyai rakan-rakan di Malaysia dan Singapura.
“Kami sedang menyiasat apa yang mereka rancangkan kerana rangkaian Maulana masih wujud,” kata Golose kepada pemberita pada satu majlis sempena bengkel bebas fahaman radikal yang dihadiri pegawai serta organisasi bukan kerajaan dari Singapura dan Arab Saudi.
Jelas beliau, sekutu Maulana merupakan anggota gabungan dengan kumpulan pengganas Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah (JI). - AP
Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 29/7/2010
RAMD: PASUKAN TEMPUR INFANTRI...?
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) | |
---|---|
Logo Rejimen Askar Melayu Diraja | |
Aktif | 1 Mac 1933 (ditubuhkan) |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Yang diPertuan Agong Malaysia |
Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
Jenis | Tentera darat |
Pusat latihan | Port Dickson, Negeri Sembilan |
Motto | Taat Setia |
Rejimen Askar Melayu DiRaja (atau Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia. Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri utama dalam Tentera Darat Malaysia.
Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Askar Melayu kini mempunyai kekuatan 25 batalion.
Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan rejimen-rejimen lain dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota daripada pelbagai kaum.
Langgan:
Catatan (Atom)