PILIHANKU

TAJAAN

28 Julai 2010

RED WARRIORS BUAT UMRAH...?

34 pemain Kelantan tunaikan umrah Ogos

KOTA BHARU - Seramai 34 orang pemain Kelantan yang beraksi pada musim lalu akan berangkat ke tanah suci pada 7 Ogos ini bagi menunaikan umrah.

Semua pemain terbabit akan berangkat atas pembiayaan kerajaan negeri yang telah berjanji untuk membawa skuad Liga Malaysia Kelantan itu menunaikan umrah selepas layak ke perlawanan akhir Piala FA pada musim lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 34 orang pemain yang beraksi bersama skuad Kelantan pada musim tahun lalu akan mengikuti rombongan tersebut.

Menurutnya, selain menunaikan umrah, rombongan juga akan dibawa melawat beberapa buah tempat menarik dan bersejarah di Madinah, Mekah dan Kaherah, Mesir.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesediaan membawa pemain Kelantan menunaikan umrah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai menjual produk sukan Umbro di Jalan Mahmood dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, beliau dan beberapa pegawai KAFA serta peminat akan turut menyertai rombongan pemain tersebut.

Sumber: www.redkijang.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan