PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

SEKURITI LESAPKAN RM17 JUTA...?

Pemandu van bawa wang tunai RM17 juta lesap

JEDDAH - Polis Arab Saudi melancarkan gerakan memburu seorang pemandu van keselamatan yang melarikan wang tunai 20 juta riyal (RM17.2 juta) untuk dimasukkan ke mesin teler automatik beberapa buah bank di wilayah Asir semalam.
Pengarah polis wilayah itu, Mejar Jeneral Obaid Al-Khamash berkata, tiga orang suspek yang merupakan rakan sekerja pemandu itu berjaya ditahan ketika mereka cuba membeli sebuah kereta Lexus baru berharga 325,000 riyal (RM279,000) secara tunai.
Pihak keselamatan kemudian mengesan van dibawa pemandu itu yang baru bekerja sebulan lalu, ditinggalkan di kawasan lapang kira-kira empat kilometer dari Uhd Rafeeda namun suspek dan wang di dalam kenderaan itu sudah lesap. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan