PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

MALAYSIA TEWASKAN KOREA SELATAN 1 - 0...?

Malaysia tewaskan Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan

25/07/2010 8:28pm


KUALA LUMPUR 25 Julai — Skuad Bawah 23 (B-23) Malaysia mempamerkan permainan cemerlang untuk menewaskan skuad B-23 Korea Selatan, 1-0 dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Biarpun pasukan hari ini merupakan gandingan antara skuad bawah 21 dan bawah 23 kebangsaan, namun pasukan di bawah bimbingan K.Rajagobal itu menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun menyedari pasukan lawan datang dari negara yang sudah tujuh kali beraksi dalam Piala Dunia sejak tahun 1986.

Pada minit keempat perlawanan, hantaran satu dua  antara Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dengan Norshahrul Idlan Talaha di dalam kotak penalti menyaksikan peluang terbaik untuk pasukan negara membuka jaringan, bagaimanapun  gagal dimanfaatkan apabila rembatan kaki kiri Mohd Zaquan tersasar di kiri tiang gol Korea Selatan.
Keadaan padang yang basah akibat hujan sebelum perlawanan menyebabkan pergerakan kedua-dua buah pasukan yang menurunkan skuad yang akan ke Sukan Asia di Guangzhou, China pada November ini, terbatas.

Skuad Korea Selatan di bawah bimbingan Hong Myung Bo, yang dikenali dengan corak permainan yang pantas dengan larian pemain yang laju, kemudiannya mula menukar rentak dengan melakukan rembatan jarak jauh untuk membolosi gawang Malaysia yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee. Dalam tempoh 30 minit awal perlawanan, gandingan Mohd Zaquan dan Noshahrul Idlan beberapa kali melepasi benteng pertahanan Korea Selatan yang dikendalikan oleh Kim Oh Kyu dan Jang Suk Won, namun gawang di bawah jagaan Lee Bum Soo masih tetap kukuh untuk dibolosi.

Terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama kedua-dua buah pasukan melajukan permainan, dan akhirnya skuad K. Rajagobal membuka tirai jaringan pada minit ke-50 hasil rembatan deras Safiq Rahim.

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan