PILIHANKU

TAJAAN

27 Julai 2010

3 PARAH DIREMPUH MERCEDES...?

Tiga parah van dirempuh kereta

KUALA LUMPUR 25 Julai - Tiga termasuk seorang pemandu parah apabila van yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.
Kemalangan berlaku pukul 3.15 petang ketika van yang dipandu seorang pemandu wanita bersama dua orang pekerja lelaki warga Pakistan dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Sentul.
Van itu kemudian dikatakan dirempuh sebuah Mercedes-Benz sebelum  terbabas dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga lalu terbalik.
Seorang saksi, Mohd. Ali Mohd. Tahir, 47, berkata, dia yang tinggal tidak jauh dari lokasi kemalangan segera ke tempat kejadian selepas terdengar bunyi dentuman kuat.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 27/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan