PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2010

2 GEMPA BUMI DI MINDANAO...?

2 gempa bumi kuat landa Mindanao, tiada ancaman tsunami

29/07/2010 8:46pm

KUALA LUMPUR 29 Julai – Dua gempa bumi kuat menggegarkan Mindanao, Filipina petang ini, namun kedua-duanya tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Gempa bumi pertama berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.4 darjah Utara dan 123.3 darjah Timur pada pukul 3.31 petang, iaitu kira-kira 571km timur laut Lahad Datu, Sabah.
Gempa bumi kedua pula yang berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di kedudukan 6.6 darjah Utara dan 123.6 darjah Timur pada pukul 4.55 petang, iaitu kira-kira 608km timur laut Lahad Datu, Sabah. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan