PILIHANKU

TAJAAN

24 Julai 2010

2 LEMAS KETIKA CARI SIPUT...?

CARI TIJAH DUA MATI LEMAS...?


TUMPAT: Hasrat lima remaja yang pertama kali ingin mencari siput 'tijah' bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas dalam kejadian di Pantai Sri Tujoh, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari selepas kira-kira lima minit kelima-lima remaja berkenaan turun ke muara pantai itu untuk mencari siput 'tijah'.
Katanya, dua yang mati lemas dikenal pasti Mohd Azimi Abdullah, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Berangan dan Azhar Ab Rahim, 20, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Biji Wangsa, di sini.

"Pihak kita menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 2.17 petang tadi yang memaklumkan terdapat kejadian lemas berlaku di muara Pantai Sri Tujoh yang terletak di belakang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan