PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

ZUNAR CABAR TINDAKAN KDN...?



Zunar Dan Malaysiakini Fail Semakan Kehakiman

SHAH ALAM  24 Julai - Kartunis, Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) dan portal berita, Malaysiakini akan memfail semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku kartun beliau, '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun' di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.
Ini berikutan tindakan pihak KDN yang mengharamkan dua buah buku kartun karya kartunis Zunar "1Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun" pada 24 Jun 2010.
Menurut  laporan akhbar, Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik sebagai berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana  tidak sesuai untuk bacaan umum.
"Bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan. Buku ini tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan,  boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata beliau.
Sesiapa yang didapati mencetak, mengimport, menerbit, mengulang cetak, menjual, mengedar atau memiliki boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sebanyak RM 20,000.
1Funny Malaysia ialah koleksi karya pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun, buku terbitan syarikat Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd adalah karya koloborasi beliau bersama-sama beberapa orang kartunis tempatan .
Sumber: Ubah suai daripada Suara-Keadilan.com, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan