PILIHANKU

TAJAAN

26 Julai 2010

BERAKSI UNTUK KALENDAR 2011...?

Ahli Parlimen bergambar seksi



JANA PARIZKOVA bergambar untuk kalendar bulan November 2011.




PRAGUE - Seramai empat orang ahli parlimen wanita Republik Czech sanggup bergambar seksi untuk kalendar 2011, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara aksi yang dipamerkan oleh mereka itu adalah dengan memakai skirt pendek, berendam di dalam tab mandi dan bergambar seksi dengan gaya menghairahkan di atas katil.
"Kami ingin menekankan bahawa terdapat wanita di dalam dunia politik," kata seorang ahli parlimen yang bergambar seksi itu, Lenka Adrysova.
Dia yang merupakan anggota parti Hal Ehwal Awam berkata: "Kami merupakan wanita yang tidak takut untuk menjadi seksi."
Semasa pilihan raya pada Mei lalu, seramai 44 orang wanita daripada 200 orang anggota dipilih menjadi ahli parlimen. - Agensi
Sumber: Ubah suai daripada Kosmo! Online, 26/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan