PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

TENGKU ABDULLAH - ANUAR MUSA...?

Khairy Sokong Tengku Abdullah Dan Annuar Musa
PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Khairy Jamaluddin secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tan Sri Annuar Musa untuk mengisi dua jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) pada pemilihan minggu depan.

Khairy, yang tidak mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya, berkata Tengku Abdullah dan Annuar merupakan gandingan terbaik yang mampu memacu perkembangan bola sepak negara.

"Tengku Abdullah seorang calon yang menjadi pilihan saya, saya hormat pada dan yakin Tengku boleh bawa perubahan.

"Tan Sri Anuar Musa juga calon yang baik dan mereka ialah gandingan terbaik buat masa ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai calon yang akan bertanding jawatan itu menjelang sesi pemilihan pada Kongres Tahunan FAM ke-47 Sabtu depan.
Sumber: BERNAMA, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan