PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

ISU PASIR PUN TAK DAPAT SELESAI...?

Pembangkang Bagai Burung Kakak Tua – TPM

Jul 24th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Utama
Hebat Berkokok, Fitnah, Tapi Isu Pasir Pun Tak Dapat Selesai
KUALA LUMPUR, 24 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perlakuan pembangkang yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak tahu mentadbir apabila berkuasa sebagai tidak ubah seperti burung kakaktua yang pandai menyanyi tetapi tidak memahami maksud yang diucapkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini seperti mana dalam isu pasir apabila kerajaan negeri Selangor ternyata tidak dapat menyelesaikannya sedangkan mereka ini pada masa sama hebat mengkritik kerajaan Pusat dalam isu yang lain.
“Kalau isu pasir dan air pun tidak dapat diselesaikan, sedang sebelum ini begitu hebat berkokok mengkritik dan memfitnah kerajaan. Mereka ini (pembangkang) samalah seperti burung kakak tua.
“Sesebuah kerajaan sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah rakyat tetapi di Selangor dan Pulau Pinang sebaliknya yang berlaku.
“Pembangkang semakin menambah masalah kepada rakyat dengan membenarkan kegiatan curi pasir berleluasa, merobohkan rumah penduduk selain gagal menyelesaikan isu air,” katanya.
Sumber: Umno Online, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan