PILIHANKU

TAJAAN

31 Julai 2010

KETUA CAWANGAN MCA DIBUNUH...?

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing mati dibunuh

31/07/2010 7:28pm


LUMUT, 31 Julai - Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.
Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.
"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 31/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan