PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2010

RM18.4 BILION HARGA OPERASI DI AFGHANISTAN...?

Kongres AS luluskan dana perang Afghan RM118.4b

WASHINGTON 28 Julai - Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan peruntukan perang yang dimohon oleh Presiden Barack Obama bagi memperhebat kempen ketenteraan di Afghanistan, sekalipun kebocoran 92,000 fail rahsia tentera memarakkan kemarahan rakyat AS terhadap perang yang tidak lagi mendapat sokongan mereka.

Selepas diluluskan dalam pengundian di Dewan Perwakilan dengan 308 orang anggota menyokong dan 114 lagi menentang, Obama akan menandatangani rang undang-undang berkenaan yang memperuntukkan kira-kira AS$37 bilion (RM118.4 bilion) untuk membiayai konflik di Iraq dan penghantaran 33,000 askar tambahan ke Afghanistan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan