PILIHANKU

TAJAAN

27 Julai 2010

WARGA IRAN JADI JUTAWAN EDAR DADAH...?

<strong>KASTAM menemui dadah jenis syabu bernilai RM104,587 yang disembunyi dalam tapak kasut dipakai warga Iran.</strong><strong>CECAIR hitam  mampu menghasilkan 200 kilogram dadah jenis syabu  dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Sri Hartamas.</strong>Sabu yang disembunyi di dalam kasut
Beli banglo RM1.5 juta, sewa rumah jadi stor proses syabu


KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tidak sampai tujuh bulan, sepasang suami isteri warga Iran mampu mengecapi hidup mewah, termasuk memiliki banglo bernilai RM1.5 juta di ibu negara yang dipercayai dibeli menggunakan hasil kegiatan pengedaran dadah.

Pasangan berusia 39 dan 34 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan pada Khamis dan Jumaat lalu, masing-masing di sebuah rumah teres tiga tingkat yang dipercayai dijadikan stor menyimpan pelbagai bahan kimia bagi pemprosesan syabu di Sri Hartamas dan banglo mewah di Sunway SPK Damansara, kedua-duanya di sini.

Sumber: Berita Harian Online, 27/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan