PILIHANKU

TAJAAN

25 Julai 2010

ANWAR BUKAN REFORMIS...?

Media Barat Persoal Pelbagai Watak, Pendirian Anwar

Jul 24th, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan
Bukti Anwar Bukan Reformis

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Personaliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan media Barat berhubung pendiriannya yang berbeza-beza berkenaan beberapa isu.
Terbaru, portal The New Ledger mendedahkan, percanggahan pendirian Anwar yang boleh diperhatikan dari semasa ke semasa membuktikan Penasihat PKR itu bukan seorang pejuang reformis.
Portal itu turut menyatakan bahawa Anwar mempunyai sisi Islam radikal yang disamakan dengan pendirian Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
“Erdogan, Ahmadinejad dan Anwar mungkin boleh membawa pelbagai watak tetapi hampir pasti, mereka bukanlah rakan reformis yang boleh diharapkan Amerika Syarikat (AS),” lapor The New Ledger dalam artikel bertajuk Unholy Alliance (Perikatan Tidak Suci) hari ini.
Dalam artikel itu juga, penulisnya, Pejman Yousefzadeh menasihatkan para penggubal dasar AS dan negara Barat lain supaya memperhalusi watak Anwar sama ada beliau memang memperjuangkan nilai reformis.
Yousefzadeh berkata, perjuangan Anwar itu harus dipersoalkan kerana sejak lima tahun kebelakangan ini, Anwar cuba membina imejnya yang mesra Barat demi mendapatkan kuasa.
“Pembawaan radikal serupa boleh dijumpai dalam pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim, teman rapat Erdogan yang telah mempamerkan dirinya sebagai sebagai anti-Semit (Yahudi) dan seorang pengkritik Presiden Obama berhubung sekatan ke atas Iran.
“Bahkan, beliau (Anwar) menyerang Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bulan lalu kerana bersetuju dengan Presiden Obama berkenaan sekatan ke atas Iran,” tulisnya. 
Sumber: Umno Online, 25/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan