PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2010

SERANG SINGAPURA...?

Rancangan serang Singapura disiasat

29/07/2010 2:53am

JAKARTA 29 Julai - Suspek pengganas Indonesia yang mati ditembak, Ahmad Maulana, merancang untuk menyerang Singapura, malah satu peta yang menunjukkan stesen-stesen kereta api bawah tanah ditanda dengan warna merah turut ditemukan selepas suspek ditembak.
Komplot lelaki itu didedahkan semasa soal siasat terhadap Abdullah Sonata, suspek pengganas paling dikehendaki Indonesia yang ditahan bulan lepas di Jawa Tengah, kata Kolonel Peter Golose dari unit antikeganasan Indonesia.
Beliau tidak menyebut sasaran tertentu, namun berkata, satu peta Singapura di mana lokasi sebuah stesen kereta api bawah tanah utama ditanda dalam bulatan merah berserta anak panah, ditemukan di dalam beg galas bersama-sama mayat Maulana.
Suspek pengganas itu yang dipercayai menerima latihan di selatan Filipina, ditembak mati semasa satu serbuan polis di ibu negara Jakarta Mei lalu.
Dia turut dituduh terlibat dalam kem latihan pengganas di wilayah Aceh.
“Maulana mempunyai rakan-rakan di Malaysia dan Singapura.
“Kami sedang menyiasat apa yang mereka rancangkan kerana rangkaian Maulana masih wujud,” kata Golose kepada pemberita pada satu majlis sempena bengkel bebas fahaman radikal yang dihadiri pegawai serta organisasi bukan kerajaan dari Singapura dan Arab Saudi.
Jelas beliau, sekutu Maulana merupakan anggota gabungan dengan kumpulan pengganas Asia Tenggara, Jemaah Islamiyah (JI). - AP

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 29/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan