PILIHANKU

TAJAAN

29 Julai 2010

LATIHAN LAUT CHINA...?

China pula adakan latihan ketenteraan



SEBUAH kapal perang China melepaskan tembakan misil antikapal selam semasa latihan mengepung kawasan pesisiran laut dalam latihan ketenteraan China-Rusia di tenggara Semenanjung Shandong, China, semalam.- AP


BEIJING 28 Julai - China turut menjalankan latihan ketenteraan secara besar-besaran di perairan timur negara ini ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan perang yang dikecam Beijing.
Pasukan artileri Rantau Ketenteraan Nanjing yang bertanggungjawab mempertahankan kawasan perairan timur negara ini, menjalankan lima latihan ketenteraan dekat Laut Kuning, lapor agensi berita rasmi China,Xinhua.
Ia turut disertai latihan roket jarak jauh, demikian menurut laporan itu lewat semalam.
Jelasnya, tujuan utama latihan diadakan adalah untuk menggerakkan perisikan dan peninjauan menggunakan peralatan seperti pesawat tanpa juruterbang dan radar.
Pihak tentera juga menguji roket baru unit artileri dalam latihan itu, lapor media lain.
Tidak jelas sama ada latihan itu dirancang lebih awal ataupun berbentuk tindak balas kepada latihan perang bersama AS-Korea Selatan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 29/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan