PILIHANKU

TAJAAN

10 Ogos 2010

10 MAUT DALAM TRAGEDI FERI KARAM DI INDONESA...?

Feri karam di Indonesia, 10 maut 77 diselamatkan

10/08/2010 2:34am

JAKARTA 10 Ogos - Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan berpuluh-puluh orang mangsa daripada lemas selepas sebuah feri karam di perairan timur Indonesia yang meragut 10 nyawa manakala seorang lagi masih hilang.
Feri kayu Hastina III itu dipukul ombak menyebabkan penumpang yang panik lari ke satu bahagian lalu karam di antara Andonara dengan pulau Lembata di perairan wilayah Nusa Tenggara Timur.
Leftenan polis Abdul Rahma Aba berkata, kapal penyelamat yang segera dikerah ke tempat kejadian telah menyelamatkan 77 orang penumpang.
Sepuluh mayat telah ditemui dan gerakan mencari seorang lagi mangsa yang hilang masih diteruskan. - AP

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan