PILIHANKU

TAJAAN

10 Ogos 2010

MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA...?


KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA PADA BULAN RAMADAN
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpu asa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada hadis:
1. Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2. Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu dalam kalangan umat Islam.
3. Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum ataupun seteguk susu.
Sumber: Ubah suai daripada Blog Peribadirasulullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan