Lebih 1,100 hilang dalam banjir di China


ZHOUQU, China: Anggota penyelamat di tiga negara di Asia bertungkus lumus untuk sampai kepada mangsa banjir besar yang menjejaskan jutaan penduduk ketika angka korban di bandar pedalaman China menjangkau ratusan nyawa manakala lebih daripada 1,100 lagi hilang akibat tanah runtuh.
Di Pakistan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa menganggarkan 13.8 juta penduduk terjejas akibat banjir paling buruk yang mengatasi bilangan mangsa tiga bencana besar lalu, iaitu tsunami Lautan Hindi pada 2004, gempa bumi Kashmir pada 2005 dan gempa bumi Haiti pada 2010.
Sumber: Berita Harian Online, 10/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan