PILIHANKU

TAJAAN

10 Ogos 2010

BANTUAN MALAYSIA UNTUK PALESTIN...?

Konvoi Malaysia masuki Palestin

GAZA 9 Ogos - Konvoi 67 orang anggota pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia berjaya memasuki Palestin dengan selamat kira-kira pukul 4.10 petang waktu tempatan hari ini.
Konvoi tersebut yang membawa 11 tan barangan ubatan, makanan dan pakaian terpaksa melalui 18 sekatan pemeriksaan polis dan tentera sebelum berjaya menjejakkan kaki di bumi Palestin itu.

Pasukan yang diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim itu bertolak dari Kedutaan Malaysia di Kaherah awal pagi sebelum tiba di sempadan Rafah pada pukul 3.15 petang.
Sebaik sahaja tiba, anggota konvoi terus menuju ke Hospital Al Quds bagi menyerahkan ubat-ubatan dan menemui pengurusan hospital tersebut.
Abdul Azeez berkata, beliau bersyukur kerana konvoi berjaya memasuki Gaza dan menyerahkan ubat-ubatan itu untuk kegunaan hospital berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 10/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan