PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2010

AMARAN MUHYIDDIN KEPADA MCA...?

Amaran TPM kepada MCA

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili tetapi bagaimanapun perbuatan itu jangan sesekali dilihat boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain.
Tegas beliau, MCA harus menginsafi bahawa ia merupakan sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN) yang sudah tentu mempunyai prinsip yang perlu dihormati secara bersama.
"Saya tidak percaya MCA sanggup mengorbankan setia kawan yang dipupuk sejak sekian lama. Bagi saya ini amat penting sekali. UMNO pun memperjuangkan nasib Melayu tetapi pada masa sama  turut menjaga kepentingan kaum lain.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan