PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2010

BERITA BERGAMBAR UTUSAN...?


MOHD. Mustafa Othman (tiga dari kiri) bersama penduduk lain melihat keadaan bumbung selepas kejadian ribut yang melanda di Blok A Flat Desa Sepakat Taman Sri Manja Jalan Kelang Lama Petaling Jaya. 16 Ogos. - Utusan/ANGELINA SINYANG
PENGARAH Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin (kanan) mendengar penerangan Insp. Mohd. Mohktar Mohd. Nor mengenai rampasan 824,500 biji pil Eramin 5 bernilai RM12.37 juta di IPD Batu Pahat. 16 Ogos. - Bernama
SUKARELAWAN Malaysia membantu mengagihkan makanan kepada rakyat Palestin di Hospital Rafah di Gaza. Sebanyak 17 tan berupa barang makanan dan ubat-ubatan di samping 35 doktor terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan itu. 16 Ogos. - Bernama
SEORANG penduduk kampung cuba menyelamatkan perkakas rumah ekoran kebakaran yang memusnahkan tiga buah kedai sederet milik Kelab Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Jalan Stesen Kereta Api Tumpat. 16 Ogos. - Utusan/ZULHANIFA SIDEK

Sumber: Utusan Malaysia Online,17/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan