PILIHANKU

TAJAAN

09 Ogos 2010

NASIB MELAYU TERBELA DI BAWAH DAP...?

Diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.
Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.
Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.
"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.
"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan