PILIHANKU

TAJAAN

09 Ogos 2010

PENGANTIN TIDUR DI PENJARA...?

Tiga ahli keluarga mati apabila pegantin lepaskan tembakan

09/08/2010 3:06am

ANKARA 9 Ogos - Tiga orang ahli keluarga yang sedang meraikan satu majlis perkahwinan di Turki terbunuh apabila seorang pengantin melepaskan tembakan ke udara pada majlis itu, lapor agensi berita Anatolia semalam.
Kejadian yang berlaku di kampung Akcagoze, tenggara wilayah Gaziantep itu turut mencederakan lapan orang tetamu lain.
Pengantin lelaki telah melepaskan tembakan menggunakan senjata api AK-47 bagi meraikan majlis pernikahannya, bagaimanapun dia kemudian gagal mengawal senjatanya menyebabkan peluru yang terhambur keluar mengenai para tetamu, kata laporan tersebut.
Kejadian itu turut meragut nyawa bapa dan dua orang ibu saudaranya yang mati di hospital. Pengantin berkenaan bagaimanapun telah pun ditahan.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 9/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan