PILIHANKU

TAJAAN

09 Ogos 2010

QURAN BERUSIA 300 TAHUN DI TELUK BAHARU...?

   ROKIAH   bersama ahli jawatankuasa melihat naskhah al-Quran di Masjid al-Khairiyah, Seberang Perak, kelmarin.

SEBERANG PERAK: Senaskah al-Quran bertulisan tangan dipercayai berusia 300 tahun menjadi kebanggaan Kampung Teluk Baharu di sini dan 300 penduduk kampung berkenaan kerana memiliki khazanah bernilai tinggi. 

Kitab suci itu tersimpan di dalam kotak kaca di Masjid al-Khairiyah di kampung berkenaan, berukuran 32 sentimeter (sm) panjang dan 25 sm lebar manakala tebalnya 7 sm.


Dengan gaya penulisan khat raqa'ah ditulis dengan lidi kabung atas kertas separuh licin menggunakan dakwat cina, kitab suci itu ditulis seorang ulama berasal dari Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh yang hanya dikenali sebagai Sheikh al-Mansor.
Allahyarham yang juga guru agama dan pendakwah dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Allahyarham Datuk Ghazali Arshad, seorang ulama yang juga bekas Mudir Madrasah al-Ghazali Batu 26, Bagan Datoh. 

Allahyarham Sheikh al-Mansor yang menetap di Kampung Teluk Baharu menjadi imam masjid dan guru agama mewakafkan kitab suci tulisan tangannya itu kepada Masjid al-Khairiyah sebelum meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung itu. 

lmam Masjid al-Khairiyah, Nasir Hussein, 71, yang juga generasi kelima keturunan allahyarham berkata, kitab suci yang lengkap 30 juzuk itu masih boleh dibaca kerana tulisannya masih terang dan jelas selain terdapat keterangan hukum tajwid dalam mukadimahnya. 

Sumber: Berita Harian Online, 9/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan