PILIHANKU

TAJAAN

09 Ogos 2010

TINGGAL 30 HARI DENGAN 100 EKOR ULAR...?


SELEPAS 30 hari tinggal di dalam bilik kaca bersama 100 ekor ular termasuk dari spesies berbisa seperti ular tedung selar, Ratu Ular, Puteri Aryani Saiful Yuzan, 24, akhirnya keluar dari ‘tempoh berkurung’ tepat jam 10 malam kelmarin. Bagi meraikan kejayaan itu, Puteri Aryani diberikan penghormatan mencium kepala ular tedung selar sepanjang empat meter dan berjaya melaksanakannya dalam masa kurang 10 minit di hadapan hampir 500   orang penonton. Puteri Aryani berkata, beliau bersyukur dapat melaksanakan cabaran 30 hari itu tanpa menghadapi masalah besar melainkan sekali sekala mengalami kecederaan kecil akibat digigit ular yang tidak berbisa. - Foto Syamsi Suhaimi

Sumber: Berita Harian Online, 9/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan