PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

ADUN DAP KELUAR PARTI...?

Lawak Gempar Pembangkang Makan Diri

Jun 18th, 2010 | By administrator | Category: Sana Sini
Oleh: KU AZMAN KU ABAS.
IPOH 18 Jun. – ‘Lawak gempar’ dan sikap berterusan PKR membohongi rakyat dengan mendakwa tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO akan menyertai pembangkang, akhirnya memakan diri sendiri apabila ahli DUN Malim Nawar, K. Keshvinder Singh keluar DAP.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Maslin Sham Razman berkata, rakyat harus bijak dan jangan membenarkan diri mereka terus terpedaya dengan cerita-cerita dongeng pembangkang. Memang kerja pembangkang menebar fitnah, menyebarkan berita palsu yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri.
“PKR, Pas dan DAP kini jadi bahan ketawa. Carilah strategi yang lebih bijak bagi menyerang UMNO Perak. Perang psikologi mereka itu terpalit ke muka sendiri. Namun apa yang menghairankan kita pelbagai alasan pula direka bagi menutup pekung berkenaan. Berbagai-bagai cerita disebarkan kepada umum termasuk cubaan disogok dan sebagainya,” katanya.
Sebelum ini pembangkang mewara-warakan kepemimpinan UMNO Perak mengalami ‘krisis dalaman yang sangat parah dan berkemungkinan tiga orang ADUN UMNO akan menyertai parti pembangkang.
Namun sebaliknya terjadi apabila ADUN Malim Nawar, K. Keshvinder Singh mengambil tindakan keluar DAP dan mengumumkan statusnya sebagai ADUN Bebas yang menyokong BN.
Maslin yang juga Ketua Pemuda Kuala Kangsar menasihatkan pembangkang agar cermin diri terlebih dahulu sebelum cuba mencampuri urusan dalaman UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal oleh pembangkang sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda PKR kehilangan pertimbangan untuk berfikir secara rasional semakin jelas.
“Nilailah tindak-tanduk pembangkang hari ini yang semakin hari semakin melalut dengan pelbagai kenyataan dan perang psikologi yang akhirnya membuka tembelang mereka sendiri,” katanya. – MediaUMNO
Sumber: UMNO Online, 19/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan