Penceramah Wajib Taati Peraturan, Bendung Rosak Akidah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan peraturan dan garis panduan penceramah dipatuhi supaya tidak wujud penularan sebarang ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.
“Beta mengingatkan perkara ini kerana sekiranya masyarakat tidak peka dan memandang ringan kegiatan ajaran sesat serta tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran yang tidak betul ini kepada JAIS atau pihak bertanggungjawab yang lain, dikhuatiri pengaruh ajaran sesat yang pada mulanya bergerak secara kecil-kecilan akan berkembang dan sukar dibendung.”
Sumber: UMNO Online, 19/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan