PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

BANDUAN DIHUKUM TEMBAK DI AMERIKA...?

Gambar hiasan: Kerusi elektrik

Banduan ketiga ditembak mati di AS

2010/06/19

LOS ANGELES: Seorang banduan di penjara Utah yang disabitkan kesalahan membunuh dihukum tembak sehingga mati oleh pasukan penembak semalam, menjadikannya orang pertama dihukum sedemikian di Amerika Syarikat (AS) sejak 1996. 

Ronnie Lee Gardner, 49 dijatuhkan hukuman mati berkenaan selepas rayuan terakhirnya ditolak mahkamah agung.
Pesalah itu diikat pada sebuah kerusi besi berwarna hitam dan diapit beg pasir bagi menghalang peluru melantun.
Selepas sasaran dilekatkan pada kawasan dada di atas jantungnya dan kain tukup dipakaikan untuk menutup kepalanya, satu pasukan lima penembak tepat dengan raifal .30 kaliber menembak Gardner. 

Hanya empat daripada senjata digunakan mempunyai peluru hidup, manakala satu lagi peluru lilin, amalan untuk menyedapkan hati penembak yang tidak akan tahu siapa yang sebenarnya menembak mati pesalah. 

Sejurus sebelum hukuman tembak itu, peguam Gardner, Andrew Parnes berkata: 
“Anak guam saya kelihatan tenang. Apakah itu satu lakonan, saya tidak tahu.” 
Berikutan Gardner meminta tidak seorang pun dari ahli keluarganya menyaksikan dia dihukum tembak, ahli keluarganya berkumpul di luar penjara berkenaan. – Agensi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan